Thursday

One Day I WiLL Be A PiLot

1 Febuari - Kerjaya sebagai juruterbang sememangnya glamor tetapi penuh cabaran serta berisiko. Ramai anak muda sama ada lelaki atau perempuan menyimpan azam dan cita-cita untuk bergelar seorang juruterbang. Kerjaya ini menuntut seseorang itu berdepan dengan cabaran dan tidak gentar memandu pesawat di awan biru. Memandu kapal terbang bukan seperti memandu kereta atau kenderaan lain kerana cara pengendalian amat berbeza. Untuk memahirkan diri, seseorang itu perlu menjalani latihan khas di pusat-pusat atau sekolah-sekolah latihan penerbangan sama ada di dalam atau luar negara.

Insyallah..AmiN

Juruterbang yang berkemahiran dan terlatih mampu menerbangkan pesawat penumpang dan kargo tanpa mengira sama ada perjalanan itu jauh atau dekat. Tugas para juruterbang bermula selewat-lewatnya satu jam sebelum penerbangan.Mereka akan melaporkan diri dan menerima taklimat dan maklumat tentang setiap penerbangan yang bakal dilakukan.Sebelum penerbangan juruterbang akan menyemak pelan penerbangan berdasarkan keadaan cuaca, suhu, kelajuan angin dan berat pesawat semasa berlepas serta keperluan bahan api di samping memeriksa kelengkapan dan peralatan elektronik.



CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN
(i) Mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya
(ii) Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani
(iii) Komitmen yang tinggi serta minat yang mendalam di bidang ini
(iv) Boleh berkomunikasi dengan baik
(v) Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
(vi) Menguasai mata pelajaran Sains, Matematik dan Fizik
(vii) Berumur di antara 18 hingga 24 tahun
(viii) Mempunyai rekod kesihatan yang baik daripada segi fizikal dan mental
(ix) Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan optik dan tidak buta warna)
(x) Ketinggian minimum tidak kurang daripada 160 cm (5 kaki 4 inci)
(xi) Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh masa singkat atau lama
.
SYARAT MENGIKUTI LATIHAN PENERBANGAN
Untuk menjadi seorang juruterbang pesawat penumpang atau kargo, anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar negara.


TEMPAT MENGIKUTI LATIHAN PENERBANGAN
Terdapat banyak sekolah latihan penerbangan di dalam atau luar negara. Di antara sekolah latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, Malaysian Flying Academy dan Mofaz Air Flying Academy. Di luar negara pula terdapat sekolah latihan penerbangan seperti di Australia, Filipina, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Semasa berada di sekolah latihan, peserta akan mengikuti latihan penerbangan secara teori dan praktikal dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas mengikuti latihan dengan jayanya anda akan memperoleh lesen penerbangan yang melayakkan anda sebagai juruterbang.

SYARAT MENGIKUTI LATIHAN PENERBANGAN
Pelajar yang berminat untuk mengikuti latihan penerbangan perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam Matematik, Fizik dan Bahasa Inggeris.
Kelayakan yang baik dalam mata pelajaran sains akan diberi keutamaan. Pemegang ijazah yang tergolong dalam kumpulan umur 18 hingga24 tahun dan memenuhi kelayakan yang diperlukan adalah dipelawa untuk memohon.

 Inilah Cita-citaku sejak kecil lagi..harap tertunai..

Untuk maklumat kepada sesiapa yang nak jadi pilot..hehe..Ok jumpa lagi..sempat update kejap tengah tak ada keje.. (ikrak) Bacalah ya

Assalamualaikum!!!

Wednesday

! GooD LuCk FirMan !

31 Januari - Assalamualaikummm...Tengah siapkan keje sekolah ke???..Jangan buat last minit nanti kang berbilai punggung anda sebab disebat cikgu..Dan sayangilah punggung anda..HAHA..Mengarut je aku ni..Eh jap-jap nak tukar mood Mood: Ceria >>> Sedih...Ok...Hari ini ada seorang kawan baik khairuL nak pindah sekolah..Nama dia Firman tapi bukan firman Allah...Sedih sangat tapi nak buat macam mana kan..Aku start kenal dia masa form 3..tuh pun tak sampai setahun...tapi yang kelakarnya ada ke patut firman panggil aku misai.*Memang patut pun..Aku Tak Akan lupa dengan nama panggilan yang kau bagi tuh.HAHA...Firman kau tungguuuu..aku akan cari nama yang 'baik' untuk kau....Ha!! aku teringat Fitri cakap Fireman...So akan2 dengan firman lah tuh.. macam mana nama baru kau ok tak??HAHA

Man lcantik spect..HAHA...Kepada sesiapa yang teringin nak berkenalan dengan orang ini..
 Sila taip FIRMAN dan hantar ke 33999. XD

Oyt termenung jauh nampak..tengah pikir sapa tuh..

Ada satu hari..aku ingat lagi masa firman dan fitri Asreen kena cubit dengan CIKGU MASITAH masa kelas hikmah..memang tidak akan ku lupakan..HAHA Firman dapat tawaran dekat SMS ALAM SHAH..Aq harap kau buat yang terbaik dekat sana..Jangan leka..dan ingatlah muka aku yang tak berapa nak hensem ni lain lah kau..HAHA..Alamak tak boleh puji lebih-lebih..hehe..

Baiklah sampai sini saja lah man...Aku harap satu hari nanti aku akan jumpa kawan baik aku ni..

GOOD LUCK AT SMS ALAM SHAH!!!!

GO FIRMAN GO..HAHA
Kata-kata semangat daripada aku untuk kau

ADIOSA~~


Sunday

LatihaN Kawat Kaki Kadet PoLis Bermula!!!!!

23 Januari - zzzzz....ha (terjaga)..Mm...maaf semua tertido pulak sebab semalam tgk match bola..biase la LELAKI la katekan...sabo je la wahai kaum hawa jika kawen dengan sy...HAHA :-p..Baru bulan januari da start dah kawat..itulah dinamekan KADET POLIS..buat latihan awal dari kadet laen..
P/s: sape makan cili terase la pedasnya ye kadet laen...

Persediaan awal kadet Polis SMKIE ialah membentuk satu pasukan yang MANTAP serta mencari backup utk cover form 5 yg menghadapi peperiksaan SPM tahun 2011..khairuL memang dah tak sabar nak pergi sabah..haha..x de la..khairul dah sedia utk MENGHARUMKAN Kadet PoLis SmKiE tahun ini...*psss biase la dpt pngkat KOPERAL katekan..HAHA..


I won't let u down!!!

Latihan kawat akan diadakan pada hari rabu dan khamis..3.00ptg hingga 5.00ptg..dekat dewan SMK Impian Emas..So memang balik tuh tombang macam pokok la jwbnya ..kepada org yg tak masuk kawad..hang tak tau mcm mane kawat betul???..mesti korang ckap kawat kaki boring betul tak..padahal tak langsung!!..kawat ni mengajar kita tentang disiplin dan fokus dengan arahan yg diberikan...pada siapa tak masuk kawat memang rugi la alamatnya..memang la penat tetapi berbaloi..tak percaya???korang try masuk best ke x best....khairul pun dulu benci kawat.....*alamak kantoi den..jgn bagitahu org lain tau..hehe..tapi lame2 terlintas atas kepala tapi bukan lembu yg lintas atas kepala..sampaikan khairuL sungguh2 nak kawat padahal mase tuh kawat dah abiz...HAHA syok sendiri pulak..

khairuL harap tahun ni ade lagi latihan menembak sebab tahun 2010 khairul pergi..memang best!!!!!!dapat pegang M-16 A1 pakai peluru hidup...mula pegang memang berat tapi lame2 ok..rase mcm nak je bawak senapang tuh balik..lepas 2 tembak org yg tengah bace ni..haha..tak de lah..gila ke nak tembak org sesuka hati..kang nanti keluar dekat METRO KoperaL KhairuL Menembak blogger yg bace blog dia...terus masuk jail..abiz la x dapat jadi PILOT..


huhu..bangga seyh saya menjadi kadet polis....tapi i have to work hard to promises my teacher, Inspektor Nazri...i called him 'DAD'..haha

Oklah i need to finish my homework..tak pasal2 nanti kat sekolah kena sebat..haha...Good for your kawad kaki...Do the best..kalau dah kuat lawan lah dengan kadet polis SMKIE *berlagak..Insyallah kalau tahun ni tahun kami menang..MEMANG PUN..hehe..kalau ade mase sy update lagi yew wahai blogger2 semua


SEE YOU AGAIN BRO OR SIS

PEACE HAVE WAR..ea salah taip pulak

"PEACE NOR WAR"

ASSALAMUALAIKUM...........







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...