Thursday

One Day I WiLL Be A PiLot

1 Febuari - Kerjaya sebagai juruterbang sememangnya glamor tetapi penuh cabaran serta berisiko. Ramai anak muda sama ada lelaki atau perempuan menyimpan azam dan cita-cita untuk bergelar seorang juruterbang. Kerjaya ini menuntut seseorang itu berdepan dengan cabaran dan tidak gentar memandu pesawat di awan biru. Memandu kapal terbang bukan seperti memandu kereta atau kenderaan lain kerana cara pengendalian amat berbeza. Untuk memahirkan diri, seseorang itu perlu menjalani latihan khas di pusat-pusat atau sekolah-sekolah latihan penerbangan sama ada di dalam atau luar negara.

Insyallah..AmiN

Juruterbang yang berkemahiran dan terlatih mampu menerbangkan pesawat penumpang dan kargo tanpa mengira sama ada perjalanan itu jauh atau dekat. Tugas para juruterbang bermula selewat-lewatnya satu jam sebelum penerbangan.Mereka akan melaporkan diri dan menerima taklimat dan maklumat tentang setiap penerbangan yang bakal dilakukan.Sebelum penerbangan juruterbang akan menyemak pelan penerbangan berdasarkan keadaan cuaca, suhu, kelajuan angin dan berat pesawat semasa berlepas serta keperluan bahan api di samping memeriksa kelengkapan dan peralatan elektronik.



CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN
(i) Mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya
(ii) Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani
(iii) Komitmen yang tinggi serta minat yang mendalam di bidang ini
(iv) Boleh berkomunikasi dengan baik
(v) Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
(vi) Menguasai mata pelajaran Sains, Matematik dan Fizik
(vii) Berumur di antara 18 hingga 24 tahun
(viii) Mempunyai rekod kesihatan yang baik daripada segi fizikal dan mental
(ix) Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan optik dan tidak buta warna)
(x) Ketinggian minimum tidak kurang daripada 160 cm (5 kaki 4 inci)
(xi) Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh masa singkat atau lama
.
SYARAT MENGIKUTI LATIHAN PENERBANGAN
Untuk menjadi seorang juruterbang pesawat penumpang atau kargo, anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar negara.


TEMPAT MENGIKUTI LATIHAN PENERBANGAN
Terdapat banyak sekolah latihan penerbangan di dalam atau luar negara. Di antara sekolah latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, Malaysian Flying Academy dan Mofaz Air Flying Academy. Di luar negara pula terdapat sekolah latihan penerbangan seperti di Australia, Filipina, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Semasa berada di sekolah latihan, peserta akan mengikuti latihan penerbangan secara teori dan praktikal dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas mengikuti latihan dengan jayanya anda akan memperoleh lesen penerbangan yang melayakkan anda sebagai juruterbang.

SYARAT MENGIKUTI LATIHAN PENERBANGAN
Pelajar yang berminat untuk mengikuti latihan penerbangan perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam Matematik, Fizik dan Bahasa Inggeris.
Kelayakan yang baik dalam mata pelajaran sains akan diberi keutamaan. Pemegang ijazah yang tergolong dalam kumpulan umur 18 hingga24 tahun dan memenuhi kelayakan yang diperlukan adalah dipelawa untuk memohon.

 Inilah Cita-citaku sejak kecil lagi..harap tertunai..

Untuk maklumat kepada sesiapa yang nak jadi pilot..hehe..Ok jumpa lagi..sempat update kejap tengah tak ada keje.. (ikrak) Bacalah ya

Assalamualaikum!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...